Scam poligami: Berlaku kerana ada permintaan, penawaran

Iklan
Foto 123RF. Gambar kecil: Ahmad Sanusi

SHAH ALAM - Punca kegiatan penipuan atau scam poligami berlaku kerana ada permintaan oleh pihak tertentu yang ingin mengambil jalan mudah tanpa menghiraukan percanggahan dari aspek etika dan perundangan.

Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, perbuatan itu boleh dianggap sama seperti perniagaan yang mempunyai permintaan dan penawaran yang melibatkan pelbagai pihak.

Iklan
Iklan

Jelasnya, pihak yang ingin berpoligami mencari cara yang lebih mudah sehingga ada pihak bersedia untuk menyediakan perkhidmatan walaupun ia menyalahi undang-undang.

"Sebenarnya isu scam poligami ini seperti bisnes. Ada permintaan dan ada pembekal.

Iklan

"Macam mana benda ini berlaku? Kerana memang ada permintaan. Maknanya ada suami-suami tidak berani berhadapan dengan isteri, jadi mereka kahwin di luar menggunakan cara scam ini,” katanya kepada Sinar Ahad pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak isteri tidak membenarkan suami berpoligami kerana kebimbangan mereka terhadap kesan poligami kepada perhubungan dalam berumahtangga.

Iklan

"Antara faktor kebimbangan isteri ialah dari segi kemampuan kewangan suami dan faktor pewarisan harta kerana isteri pertama bimbang harta terpaksa dibahagikan kepada isteri yang lain,” ujarnya. Ketika ditanya mengenai cara bagi mengatasi perkara tersebut, Ahmad Sanusi menjelaskan, penguatkuasaan silibus dalam kursus kahwin dapat bantu suami isteri memahami kepentingan isu ini dengan lebih mendalam.

Tambahnya, pendidikan awal dari kursus perkahwinan memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat justeru memastikan konsep berpoligami itu tidak di salah erti.

"Pasangan muda yang akan berkahwin kita sudah ajar siap-siap. Esok kalau dia terfikir untuk kahwin dua atau tiga, dia mestilah melakukannya dengan penuh tanggungjawab.

"Maknanya perlu dididik daripada awal. Sebenarnya poligami itu tidak salah, namun sikap suami itu sendiri yang menyebabkan konsep (poligami) tersebut tercalar,” jelasnya.