MELAKA - Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari membantu mengangkat jenazah seorang wanita obesiti seberat 200 kilogram dari Hospital Jasin ke tanah perkuburan Kampung Simpang Bekoh, Jasin pada Sabtu.
Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Taufik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan khidmat khas itu pada jam 8.43 malam dan seramai 10 anggota serta tiga pegawai pergi ke lokasi.