BALING - Penduduk tidak menolak kemungkinan tanglung dibakar sempena Tahun Baru Cina punca kebakaran di Gunung Baling.
Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (Perkeba), Jhangir Khan Kathem Khan berkata, pihaknya menerima aduan tentang perkara itu daripada penduduk Taman Sri Baling dan Kampung Bawah Gunung.
Iklan
Iklan
"Kemungkinan ia disebabkan tanglung dibakar sebelum kejadian dan kita tidak menuduh mana-mana pihak.
"Apa pun Perkeba menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak buat pembakaran terbuka serta sebagainya,” katanya di sini, hari ini.
Hari ini ialah hari kedua operasi memadam kebakaran Gunung Baling melibatkan 101 anggota daripada pelbagai agensi.