Polis buka kertas siasatan restoran pamer gambar pemimpin komunis

Iklan
Restoran yang mempamerkan wajah pemimpin komunis telah diambil tindakan oleh polis.

GEORGETOWN - Polis mengesahkan telah menyerbu dan merampas pelbagai gambar dan cawan yang mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis restoran di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner, Rahimi Ra'ais berkata, siasatan awal mendapati restoran di Juru dan di Pulau Tikus di sini adalah kepunyaan pemilik yang sama iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik sebuah restoran di sini menghiasi gambar pemimpin era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya.

Restoran yang mempamerkan wajah pemimpin komunis telah diambil tindakan oleh polis.

"Kita akan ambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.

Iklan

"Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Sebelum ini, restoran yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China menjadi tular di dalam laman sosial WhatsApp dan Facebook sekali gus mendapat kecaman netizen.

Iklan

Tidak lama kemudian tersebar video anggota polis yang mengambil tindakan dengan membuka poster dan hiasan dinding pada salah satu restoran berkenaan dipercayai di Juru.