UMNO Pulau Pinang tolak kerjasama dengan Bersatu

Iklan
Musa (tengah) pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam pada Ahad.

BUTTERWORTH - UMNO Pulau Pinang tidak akan bertolak ansur mahupun menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat perwakilan bahagian di negeri ini dan majoriti daripada 13 bahagian membuat ketetapan sama menolak kerjasama dengan Bersatu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, UMNO masih menjalinkan hubungan baik dengan Pas dan terus mengukuhkan kerjasama di bawah Muafakat Nasional.

"Untuk pengagihan kerusi di negeri ini, kita masih boleh bertolak ansur dengan Pas tapi dengan Bersatu 'no way'.

Iklan

"Kita merasakan Bersatu masih lagi menyimpan dendam dengan UMNO dan kita juga rasa seperti ditikam dari belakang sedangkan UMNO sudah banyak bertolak ansur," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini pada Ahad.

Sementara itu, Musa yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, keputusan untuk tidak bekerjasama secara politik dengan Bersatu itu bukan perkara baharu, namun sudah diputuskan Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum tertubuhnya Perikatan Nasional lagi.

Iklan

Katanya, walaupun perkara itu jelas, namun terdapat pimpinan UMNO sendiri yang membuat kenyataan yang mengelirukan hingga menyebabkan ahli di peringkat akar umbi serta rakyat keliru dengan pendirian sebenar parti.

Setakat ini, Bersatu di Pulau Pinang memiliki dua kerusi Parlimen iaitu Tasek Gelugor dan Nibong Tebal, manakala empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bertam; Seberang Jaya; Teluk Bahang dan Sungai Acheh.