Jangan ambil risiko redah jalan banjir

Iklan
Pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak mengambil risiko meredah jalan yang banjir untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak mengambil risiko meredah jalan yang banjir untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, orang ramai perlu memikirkan keselamatan mereka susulan banyak jalan yang telah dinaiki air dan aliran air deras boleh mengundang padah.

Iklan
Iklan

"Pengguna jalan raya perlu bersikap berhati-hati dan jangan mengambil risiko untuk melakukan perjalanan, sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air.

"Berhati-hatilah semasa musim banjir ini. Tidak perlu keluar, jangan keluar, duduk sahaja di rumah,” katanya pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, beberapa video turut tular di media sosial menunjukkan pengguna motosikal yang cuba meredah jalan yang banjir dan dilimpahi air deras sebelum mengalami kemalangan.

Satu video tular itu juga menunjukkan motosikal milik seorang lelaki hanyut dibawa arus deras namun penunggang dan penumpangnya berkenaan sempat menyelamatkan diri. - Bernama

Iklan