Amaran cuaca bahaya, hujan lebat di beberapa negeri

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 4.35 petang ini memaklumkan di Pahang, ia melibatkan daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ia melibatkan Daerah Mersing.

Iklan
Iklan

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula dijangka melibatkan daerah Kemaman di Terengganu, Pahang (Raub, Bentong dan Bera) dan Daerah Segamat dan Kluang di Johor sehingga Selasa ini.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga Selasa turut dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Cameron Highlands dan Lipis).

Iklan
Iklan

Keadaan cuaca yang sama juga diramalkan sehingga esok melibatkan Daerah Kinta; Kampar; Bagan Datuk; Hilir Perak; Batang Padang dan Muallim di Perak, Daerah Sabak Bernam; Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor, Daerah Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian; Kulai; Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor, selain Sabah melibatkan Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat. - Bernama