Covid-19: 1,704 kes baharu, 11 kematian dicatatkan

Iklan
Dr Noor Hisham - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,726 kes sembuh dicatatkan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 97,218 kes atau 81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh itu mengatasi jumlah kes harian baharu pandemik itu iaitu sebanyak 1,704 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara mencecah 119,077 kes.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah 21,365 kes.

AKAN MENYUSUL

Iklan
Iklan