10,501 mangsa banjir di pusat pemindahan Johor, Pahang, Selangor

Iklan
Jalan di Kampung Tenglu, Mersing semakin ditenggelami air banjir selepas hujan lebat yang berterusan hari ini. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Seramai 10,501 mangsa banjir daripada 2,949 keluarga ditempatkan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) membabitkan tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Selangor setakat jam 8 malam pada Ahad.

Menurut sumber daripada http://infobencanajkm.jkm.gov.my, negeri Johor merekodkan penempatan tertinggi iaitu seramai 5,957 mangsa daripada 1,570 keluarga.

Iklan
Iklan

Sebanyak 57 PPS dibuka melibatkan lapan daerah iaitu Johor Bharu, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Segamat dan Mersing.

Pahang mencatatkan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS negeri itu adalah sebanyak 4,500 mangsa daripada 1,367 keluarga.

Iklan

PPS Pahang telah dibuka di sembilan daerah iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Pekan, Raub, Jerantut dan Lipis.

Sementara itu, 44 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Terengganu dilanda banjir gelombang kelima