Lelaki tanam diri sendiri selepas dengar bisikan

Iklan
Lelaki tanam diri sendiri selepas dipercayai mendengar bisikan dan berasakan dirinya sudah meninggal dunia. - Foto Kompas

TEGAL - Seorang pemuda di Kota Tegal, Jawa Tengah, Indonesia bertindak menanam diri sendiri selepas dipercayai mendengar bisikan di tanah perkuburan awam (TPU) di sini.

Ketua Polis Daerah, Tegal Selatan, Kota Tegal, Sertu Dasrim mendedahkan, pemuda bernama Wawan Febriyanto, 23, itu disyaki mengalami gangguan jiwa.

Iklan
Iklan

Mangsa dari kampung Kepandean, melakukan perbuatan itu pada Rabu sekitar jam 8 pagi.

"Ketika ditemui, mangsa berada pada kedalaman 70 sentimeter, hanya kepala kelihatan manakala anggota badan yang lain sudah tertanam," katanya kepada Kompas, pada Isnin.

Iklan

Sertu Darsim adalah pegawai polis yang tiba awal ke lokasi sebaik menerima laporan daripada penduduk berikutan lokasi itu berhampiran pasar.

Darsim menjelaskan, mangsa ketika ditemui boleh bertutur dan menjawab persoalan.

Iklan

"Saya menghampirinya dan memberi salam, memanggil namanya dan dia membalas," kata Darsim.

Menurut Darsim, pemuda itu menggali tanah menggunakan tangan kerana tidak dapat mencari peralatan di lokasi.

"Setelah dipujuk, Wawan akhirnya berjaya dikeluarkan dan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Kepandean. Mangsa melakukan tindakan sedemikian kerana berasakan dirinya telah meninggal dunia dan mendengar bisikan," katanya.

Sebelum ini, sebuah video kerja-kerja menyelamat pemuda itu di TPU Debong Kidul menarik perhatian netizen hingga tular di laman sosial.