Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Iklan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 6 petang ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik bergerak perlahan dari Gopeng ke Sungkai, Sungai Perak ke Terowong Menora dan dari Changkat Jering menuju Kuala Kangsar.

Iklan
Iklan

"Aliran trafik juga dilapor bergerak perlahan di Bandar Baharu ke Jawi, Bukit Tambun ke Juru dan dari Perai menuju Sungai Dua,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dilapor perlahan dari stesen penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke Plaza Tol Gombak.

Iklan

"Setakat ini, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 dilapor lancar di kedua-dua arah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan LLM line di 1800-88-7752, atau laman Twitter www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Iklan