Rumah Selangorku: Tiada kuota untuk Adun

Iklan

SHAH ALAM - Tiada sebarang kuota diberikan kepada Adun kawasan di negeri ini bagi pemilikan hartanah Rumah Selangorku, sebaliknya ia ditentukan sepenuhnya oleh sistem.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha, menyatakan perkara itu ketika menjawab pertanyaan daripada Adun Mohd Shaid Rosli (PH-Jeram).

Iklan
Iklan

Mohd Shaid ketika mengajukan soalan berkata, beliau maklum tentang permohonan dalam talian yang diguna pakai bagaimanapun kelonggaran yang diberikan kepada Adun kawasan kemungkinan mampu memberi lebih peluang kepada rakyat kawasan untuk pemilikan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga Rumah Selangorku turun RM20,000]

Iklan

Haniza menjelaskan, pemilihan bagi permohonan Rumah Selangorku dijalankan oleh sistem bermerit yang akan menentukan kelayakan pemohon berdasarkan beberapa aspek yang dipertimbangkan.

"Sistem pemilihan tak ada campur tangan manusia untuk bagi pada pihak kroni dan sebagainya... semua dapat layanan sama.

Iklan

"Merit lebih tinggi kalau OKU atau ibu tunggal... kalau pendapatan, tanggunggannya ramai dan sebagainya, semua itu sistem yang menentukan," katanya ketika berucap di Sidang Dun, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Haniza berkata, sehingga kini sejumlah 6,303 unit Rumah Selangorku telah siap manakala 24,389 lagi dalam pembinaan.

"Sejumlah 74,562 unit lagi dalam perancangan untuk dibina," katanya.