SHAH ALAM - Pemuda Pas mengarahkan ahlinya dan semua anggota Jabatan Amal bersedia untuk bergerak membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing terutama di pantai timur dan selatan.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya sentiasa memantau dan mengambil cakna situasi keadaan cuaca buruk yang dilaporkan di negeri-negeri terbabit dan beberapa tempat yang semakin kritikal.
Iklan
Iklan
Pada masa sama, beliau menasihatkan penduduk supaya berjaga-jaga dengan mengutamakan aspek keselamatan.
"Pastikan anggota keluarga terutama anak-anak kecil berwaspada dalam apa jua keadaan ketika cuaca seperti ini yang sedang melanda di tempat anda.
"Teruskan berdoa agar cuaca dan situasi buruk di negara kita dipelihara dengan baik oleh Yang Maha Esa. Hulurkan apa jua bantuan yang meringankan kesusahan bagi yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.