Mas Ermieyati hasrat pertahan kerusi Masjid Tanah
Iklan
PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini menyuarakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah, Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Saya sudah komited dengan Masjid Tanah dan apa jua alasan atau apa yang terjadi, saya secara peribadi bersedia mempertahankan kerusi Masjid Tanah,” katanya ketika ditemui media selepas majlis amanat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan pelancaran hala tuju 2021 MEDAC, di sini.