SPRM mula siasatan terhadap Prasarana

Iklan
Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ke pejabat Prasarana Berhad pada Isnin berhubung siasatan terhadap dakwaan Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman cuba menggunakan autoritinya untuk melakukan perubahan signifikan dalam syarikat itu.

Menurut laporan sebuah portal, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya telah memulakan siasatan terhadap syarikat pengoperasi pengangkutan awam milik penuh Kementerian Kewangan itu.

Iklan
Iklan

"Ya, saya boleh sahkan SPRM telah mula menyiasat kes ini. Pegawai saya ke Prasarana untuk ambil dokumen dan akan panggil saksi yang berkaitan," katanya pada Isnin.

Difahamkan pasukan SPRM ke pejabat Prasarana di Bangsar, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 9 pagi pada Isnin.

Iklan

Terdahulu, sebuah lagi portal melaporkan Tajuddin yang merupakan ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Pasir Salak menggunakan kuasanya untuk mengubah beberapa perkara dalam syarikat itu.

Beberapa perubahan dikatakan telah menimbulkan persoalan mengenai kepimpinan dan hala tuju syarikat.

Iklan

Sementara itu, Tajuddin dalam sidang akhbar pada petang Isnin menafikan pejabat Prasarana diserbu SPRM.

Beliau sebaliknya berkata, penyiasat SPRM hanya berkunjung ke pejabat berkenaan.

"Mereka hanya datang ke pejabat. Ia bukan serbuan," ujar beliau.