Mayat Md Rajihan ditemui hanyut di kebun pisang

Iklan
Anggota bomba menemukan mayat seorang lelaki dalam kebun pisang berhampiran laluan utama di Jalan Kluang-Kahang, Kluang, pada Isnin.

KLUANG – Selepas dua hari seorang lelaki hanyut bersama kereta dipandunya ketika meredah banjir di Jalan Kluang-Kahang di sini, mayatnya ditemukan dalam kebun pisang pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, mayat Md Rajihan Junaidi, 28, ditemukan pada jam 5.10 petang.

Iklan
Iklan

"Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari jalan utama. Mangsa dibawa keluar menggunakan bot bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian berhampiran Batu 17 kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, Md Rajihan bersama-sama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, menaiki kereta melalui jalan tersebut yang dinaiki air.

Iklan

Semasa mengharungi air banjir, isterinya sempat turun dari kereta untuk menyelamatkan diri manakala suaminya hanyut bersama keretanya.

Anggota bomba menemukan mayat seorang lelaki dalam kebun pisang berhampiran laluan utama di Jalan Kluang-Kahang, Kluang, pada Isnin.

Kereta berkenaan dipercayai terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada malam kejadian tidak dapat diteruskan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus yang deras.

Md Rajihan merupakan korban banjir ketiga di negeri itu selepas seorang wanita, Halijah Majid, 59, ditemukan lemas akibat terjatuh dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN Suami hanyut bersama kereta ketika redah banjir

Seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, pula ditemukan mati lemas di Kampung Bentong di sini pada 12.20 tengah hari pada Isnin.

Akob berkata, operasi SAR pada Isnin melibatkan sembilan anggota bomba, sembilan anggota polis dan dibantu 10 anggota Pasukan Mencari dan

Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Kata beliau, operasi tersebut tamat pada jam 5.30 petang.