LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson pada Isnin malam mengumumkan England sekali lagi akan dikenakan sekatan pergerakan baharu sebagai usaha mengekang kes Covid-19 yang semakin merebak dengan cepat, lapor agensi berita Sputnik.
"Di England, kita terpaksa kenakan sekatan pergerakan, langkah yang cukup sukar diambil tetapi perlu untuk membendung varian baharu ini. Bermakna kerajaan sekali lagi mengarahkan anda untuk duduk di rumah,” katanya.