Korban Covid-19 di Brazil terus meningkat, kini cecah 196,561

Iklan

RIO DE JANEIRO - Brazil mencatatkan 543 lagi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka korban keseluruhan sebanyak 196,561, umum kerajaan pada Isnin, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kementerian Kesihatan mengesahkan 20,006 kes baharu, menjadikan jumlah kes 7,753,752.

Iklan
Iklan

Sao Paulo, negeri paling ramai penduduk dan paling teruk terjejas, dengan 1,473,670 kes dan 46,888 kematian diikuti Rio de Janeiro sebanyak 439,345 kes dan 25,617 korban.

Pada Isnin juga Brazil mengesahkan dua kes pertama membabitkan varian baharu Covid-19. - Bernama

Iklan
Iklan