PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia untuk membaik pulih rumah yang rosak dan musnah akibat banjir.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, bantuan itu dilakukan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).