Budaya tempatan, orang asli dibukukan

Iklan
Anwar (tiga dari kanan) dan Kuan-Fu (empat dari kiri) menyempurnakan pelancaran Sayembara Cerita Budaya Tempatan di GMBB pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Persatuan Kebudayaan Han Malaysia serta Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia bekerjasama dalam projek Buku Berilustrasi Budaya Tempatan dan Legenda Orang Asli.

Presiden Persatuan Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San berkata, projek itu diadakan dalam usaha mengembangkan cerita budaya tempatan yang akan digabungkan bersama kebudayaan dari Taiwan untuk dibukukan sebagai bahan bacaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau menggalakkan penyertaan awam untuk penulisan cerita rakyat bertemakan budaya tempatan yang mana 10 karya terbaik akan dipilih untuk diterbitkan secara digital dan dibukukan.

"Penyertaan boleh dibuat secara berkumpulan atau perseorangan. Peserta boleh menghantar karya ke e-mel bakubersama@gmail.com sebelum 1 Mac ini.

Iklan

"10 karya cemerlang akan menerima hadiah RM1,000. Karya itu akan diterjemah dan diterbitkan dalam dwibahasa Bahasa Melayu dan Mandarin,” katanya pada pelancaran Sayembara Cerita Budaya Tempatan di GM Bukit Bintang (GMBB) pada Selasa.

Syarat penyertaan Sayembara Cerita Budaya Tempatan

Perasmiannya disempurnakan Ketua Sekretariat Kuala Lumpur Ibu Kota Ibu Dunia 2020, Anwar Mohd Zain.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Bahagian Kebudayaan, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei, Chen Kuan-Fu serta Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Padilah Ali.

Hin San berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk pengumpulan cerita lagenda orang asli.

Katanya, kedua-dua projek itu sempena Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Ibu Kota Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selain kempen Dekad Membaca Kebangsaan yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan.

"Ia adalah program lanjutan Perpustakaan Bergerak-BaKu yang diadakan tahun lepas. Diharap usaha ini dapat memperkayakan lagi budaya tempatan dan membangunkan komuniti masing-masing,” katanya.