Permohonan semakan kehakiman pendaftaran Pejuang didengar esok

Iklan
Ulya Aqamah Husamudin

SHAH ALAM - Permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai sebuah parti politik berdaftar akan diperdengarkan di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2 pada esok.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin berkata, semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan pertubuhan itu untuk meluluskan atau sebaliknya permohonan pendaftaran Pejuang.

Iklan
Iklan

Katanya, perbicaraan tersebut akan dijalankan pada jam 9 pagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu dimaklumkan oleh peguam mereka selepas pihaknya memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Iklan

Beliau berkata, Pejuang memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk segera membuat keputusan terhadap permohonan parti tersebut.

Katanya, melalui semakan kehakiman itu, Pejuang mohon satu perintah deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan RoS untuk menjawab permohonan tersebut atau komunikasi secara bertulis adalah tidak munasabah dan mempunyai niat malah sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pejuang.

Iklan