Jangan kongsi maklumat peribadi di media sosial: KWSP

Iklan
Pejabat KWSP

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihati supaya tidak berkongsi maklumat peribadi di media sosial mereka.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan di Twitter pada Rabu menyatakan, masyarakat perlu waspada dan jangan memaparkan maklumat bank atau status kelulusan i-Sinar di media sosial.

Iklan
Iklan

"Anda mungkin menjadi mangsa penipuan seterusnya, laporkan sebarang info yang mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000,” katanya.

KWSP mengeluarkan kenyataan tersebut susulan kegembiraan penerima i-Sinar yang meluaskan perasaan mereka sambil berkongsikan maklumat peribadi di Twitter masing-masing.

Twitter KWSP

Iklan

Terdahulu, pembayaran untuk permohonan bagi kategori 1 yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kriteria permohonan bagi kategori 1 melibatkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Iklan