WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata ia mahu membeli sepasang sistem pertahanan udara jarak dekat Iron Dome, teknologi pemintas yang dimajukan oleh Israel dengan sokongan AS.
Jurucakap tentera Kolonel Patrick Seiber berkata perjanjian tersebut akan memenuhi keperluan jangka pendek untuk melindungi tentera daripada ‘tembakan tidak langsung’ seperti roket dan mortar.
Iklan
Iklan
Tidak ada keputusan yang telah diambil mengenai lokasi di mana kedua-dua sistem berkenaan mungkin ditempatkan.
Sistem Iron Dome dikendalikan oleh tentera udara Israel sejak 2011 dan digunakan secara kerap dalam menangkis serangan roket dari Gaza dan tempat lain.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang juga berkhidmat sebagai menteri pertahanan, menganggap perjanjian itu bukti gabungan Israel dengan AS. - AFP