120 keluarga di Kampung Mambong terputus hubungan

Iklan
Air sungai yang mendadak naik serta berarus deras menyebabkan penduduk di Kampung Mambong terputus hubungan pada Rabu. Foto Ihsan Orang Awam

KUALA KRAI - Peningkatan mendadak paras air Sungai Kelantan susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan kira-kira 120 keluarga di Kampung Mambong, di sini terputus hubungan pada Rabu.

Situasi itu menyebabkan urusan harian penduduk untuk ke bandar Kuala Krai tergendala apabila mereka tidak lagi sanggup untuk mengambil risiko meredah sungai ekoran arus deras.

Iklan
Iklan

Menurut laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) paras air Sungai Kelantan di Kuala Krai setakat jam 7 malam melebihi paras bahaya iaitu 27.40 meter (m).

Hilmi (kiri) bersama rombongan Yadim mengumpulkan barang-barang makanan untuk diagihkan kepada penduduk di Kampung Mambong pada Rabu. Foto: Ihsan Orang Awam

Selain itu, enam lagi sungai turut merekodkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Golok di Jenob (24.32m), Kelantan (Kusial Tanah, 17.22m), Golok (Rantau Panjang, 10.48m), Tualang (Kuala Krai, 36.35m) dan Temangan (Machang, 18.79m).

Iklan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah bersama-sama sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) diketuai Pengarahnya, Mahadi Awang, mengambil inisiatif mengumpulkan barang-barang makanan untuk diagihkan kepada penduduk terbabit.

Barangan tersebut ialah beras, gula, tepung, mihun, sardin dan sebagainya.

Iklan