Penjaja Negeri Sembilan dikecualikan bayaran lesen setahun

Iklan
Aminuddin Harun

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk memberi pengecualian bayaran permohonan baharu dan pembaharuan lesen penjaja pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini selama setahun bermula Januari.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pengecualian ini bagi meringankan beban peniaga dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Ini melibatkan kategori penjaja pasar malam, pasar tani, kereta tolak, berpayung, penjaja bergerak, pasar atau bazar Ramadan. Pengecualian ini melibatkan implikasi kos pengurangan hasil berjumlah RM785,953.

"Bagaimanapun, mereka masih perlu memohon lesen perniagaan patel di pejabat PBT kerana patel itu perlu dicetak dengan baik dan kosnya tidak terlalu banyak sekitar RM5," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma negeri pada Rabu.

Iklan

Dalam perkembangan lain, mengenai peningkatan populasi buaya di Sungai Liggi, Port Dickson, Aminuddin berkata, ketika ini kajian sedang dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di kawasan berkenaan bagi menjadikan ia sebagai santuari buaya untuk menarik lebih ramai pelancong ke Port Dickson.

"Memang ada yang takut (dengan kehadiran buaya) kita harap pihak Perhilitan sentiasa mengambil maklum tentang perkara ini," katanya.

Iklan