VFIVE Group, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera mensasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun 2021 sebanyak RM3.6 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif VFive Group, Mohd Syafiq Abdullah berkata, CSR adalah antara 15 KPI yang ditetapkan syarikatnya bagi terus membantu masyarakat dan kumpulan yang memerlukan.
Usahawan muda itu berkata, pada tahun lalu Vfive Group memperuntukkan RM1.1 juta bagi program-program CSR dan beliau percaya dan yakin dengan aspek keberkatan dalam usaha melebarkan lagi perniagaannya.
"VFive Group akan melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk membantu komuniti-komuniti yang terhimpit susulan penularan Covid-19 dan sebahagian besar masyarakat terputus sumber pendapatan.
"Kita telah merancang pelbagai usaha untuk syarikat bantu masyarakat. Ia akan diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Yayasan VFive,” katanya pada ucapan perasmian Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan VFive Group 2020 disebuah hotel baru-baru ini.