AC Milan kekal di tangga teratas liga Serie A Itali meskipun tewas 1-3 di tangan Juventus pada Rabu, lapor Agensi Berita Anadolu.
Federico Chiesa menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18 namun Milan menyamakan kedudukan menerusi rembatan Davide Calabria pada minit ke-41.
Iklan
Iklan
Penyerang Juventus, Chiesa membolosi gawang AC Milan pada minit ke-61 membolehkan pasukan Turin itu mendahului perlawanan di Stadium San Siro.
Pada minit ke-76 Juventus memperoleh gol ketiga hasil jaringan pemain tengah, Weston Mckennie.
AC Milan berada di tangga teratas dengan 37 mata manakala Juventus naik ke tangga keempat dengan 30 mata. - Bernama