Lelaki dicekup khalwat beri alasan gaduh dengan isteri

Iklan
Penjawat awam yang ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim pada awal pagi Khamis.

KULIM - Seorang penjawat awam memberi alasan berlaku perselisihan faham dengan isteri menyebabkan dia menumpang di sebuah rumah ibu tunggal ketika dicekup anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim di sini pada awal pagi Khamis.

Pegawai Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azwan Azman berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 3.40 pagi, lelaki berusia 32 tahun itu turut membawa anak lelaki berusia tiga tahun ke rumah terbabit.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika ditanya, penjawat awam yang bertugas di Pulau Pinang itu memberi alasan bergaduh dengan isteri serta tiada tempat untuk bermalam.

"Pemeriksaan lanjut mendapati rumah itu diduduki seorang wanita berusia 39 tahun berstatus ibu tunggal bersama anak perempuan berusia 14 tahun yang pada ketika itu anaknya sedang tidur di bilik nombor tiga,” katanya di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, soal siasat menunjukkan pasangan itu bukan mahram serta bukan berstatus suami isteri yang sah.

"Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Iklan

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dikenakan hukuman dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.