WASHINGTON - Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam insiden rusuhan oleh penyokong Presiden Donald Trump di Capitol Amerika Syarikat (AS), memetik polis pada Rabu.
Terdahulu, polis mengesahkan seorang wanita maut ditembak dan menurut Ketua Polis D.C. Robert Contee, mangsa ditembak oleh pegawai polis Capitol berpakaian biasa, lapor Agensi Anadolu.
Identiti wanita itu belum dikenal pasti.
"Ini kejadian yang tragis dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa," tambahnya.
Walaupun Polis Capitol, berada di bawah agensi penguatkuasaan undang-undang yang berasingan dengan Jabatan Polis D.C, namun siasatan mengenai insiden itu akan tetap dilakukan sama seperti kes lain membabitkan tembakan oleh anggota polis.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Trump mati ditembak ketika serbu bangunan Capitol
Contee berkata, tiga lagi mangsa - seorang wanita dan dua lelaki, bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai sebab kematian
Sementara itu, sekurang-kurangnya 14 anggota polis cedera, termasuk seorang parah, kata Contee.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 52 orang ditahan, 47 daripadanya kerana melanggar perintah perintah berkurung.
Polis turut menjumpai sebutir bom buatan sendiri masing-masing di Bangunan Jawatankuasa Demokratik dan di Bangunan Jawatankuasa Republik.
Senjata api dan bom botol turut dijumpai di dalam sebuah kenderaan di perkarangan Capitol. - Bernama