PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan berikutan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak kukuh.
Menurutnya, perbezaan majoriti PN dan pembangkang di Dewan Rakyat adalah tiga orang berbanding dua pertiga oleh kerajaan sebelum ini.
"Nasihat terbaik sekarang, you (Muhyiddin) tidak begitu kukuh, 'resign' lah," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Khamis.
Beliau berkata, pergeseran antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang sedang berlaku juga turut menyebabkan PN gagal memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pentadbiran negara.
"Kerajaan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pemerintah sebaliknya sepanjang masa digunakan untuk pertahan diri supaya tidak jatuh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO bekerjasama dengan DAP untuk bentuk kerajaan baharu, kata Annuar
Annuar dedah pemimpin UMNO keluar surat sokongan kepada Anwar
Kerjasama UMNO-DAP: Najib nafi dakwaan Annuar