Fernandes punca kekalahan United

Iklan
FERNANDES

BEKAS pemain Manchester United, Roy Keane menyalahkan Bruno Fernandes sebagai punca kekalahan The Red Devils kepada Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris di Old Trafford awal pagi tadi.

Menurut Keane, Fernandes yang menjadi tulang belakang kepada rentak positif United sebelum ini gagal mempamerkan persembahan cemerlang dan memberi inspirasi kepada pasukan.

Iklan
Iklan

"Ia tidak mudah untuk menang trofi. Fernandes dipuji kerana dia mampu membantu pasukan meraih kemenangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Dia juga selalu dibandingkan dengan pemain seperti Eric Cantona dan sebagainya.

"Namun, apa yang membezakan Fernandes dan Cantona adalah Cantona memenangi trofi dan Fernandes tidak. Dia (Fernandes) tidak menyerlah hari ini. Seseorang pemain yang hebat akan menjadi inspirasi terutama dalam perlawanan besar seperti ini.

Iklan

"Itulah yang dilakukan oleh Cantona untuk membantu United memenangi trofi. Saya tidak nampak United mempunyai pemain seperti Cantona dan Fernandes pula tidak cukup bagus," katanya.

Dalam perlawanan itu, John Stones membuka tirai jaringan buat City pada minit ke-50 sebelum Fernandinho menggandakan kedudukan pada minit ke-83 untuk membawa The Citizen mara ke final buat kali keempat berturut-turut.

Iklan

Sebaliknya, United menanggung derita gagal mara ke final selepas beberapa kali tewas di peringkat separuh akhir sejak Ole Gunnar Solskjaer mengendalikan pasukan pada 2018.

Dalam masa sama, Keane mengakui tidak gembira dengan apa yang dipamerkan oleh United dan membayangkan United akan terus kempunan untuk meraih sebarang trofi musim ini.

"United memerlukan dua atau tiga pemain yang bagus untuk berada dalam pasukan-pemain yang memiliki mentaliti yang bagus dan keyakinan untuk menang dalam perlawanan penting.

"Saya harap situasi ini akan ada perubahan dalam jendela perpindahan kali ini jika United mahu menjadi pencabar dalam sebarang kejohanan," katanya.