Pemandangan udara banjir di Temerloh

Iklan

Pemandangan udara menunjukkan sebahagian Bandar Temerloh dan kawasan sekitar yang dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Pahang.

Gambar dirakam ketika menaiki helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pesawat AW139 hari ini.

Iklan
Iklan

Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat melibatkan 24,257 mangsa yang ditempatkan di 281 pusat pemindahan di sembilan daerah negeri ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 5,764 diikuti Maran (5,275), Kuantan (3,461), Lipis (2,551), Jerantut (2,455), Raub (2,182), Rompin (986), Pekan (859) dan Bera (724).

Iklan
Iklan