DIANGGARKAN lebih 20,000 penyokong Perak akan mendapatkan tiket percuma menyaksikan aksi Liga Super antara Perak dan Kedah, malam ini sebagaimana yang diumumkan Menteri Besar Perak yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, semalam.
Tinjauan Sinar Harian mendapati sejak awal pagi, ramai yang sudah beratur di kaunter tiket Stadium Perak bagi mendapatkan tiket-tiket percuma ini.