KEMAMAN - Pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai di sini, dilanda banjir dengan kedalaman sehingga 0.5 meter sejak jam 2 petang pada Khamis.
Ketua Zon Dua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, melihat situasi itu, pihaknya mengambil langkah awal dengan memindahkan aset-aset yang ada ke BBP Kemaman.
Iklan
Iklan
"Antara aset yang sudah dipindahkan termasuk lima lori, lima bot, sebuah lori tangki, empat kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan dua buah Rapid Intervention Motorcycle (RIM).
"Kami mula melakukan operasi pemindahan kesemua aset tersebut bermula jam 2 hingga 7 petang tadi kerana bimbang tragedi 2013 berulang kembali selepas melihat keadaan cuaca hari ini yang masih hujan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Dalam kejadian pada 2013, sebanyak 11 kenderaan anggota ditenggelami air selepas balai itu dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Bukan itu sahaja, anggota terpaksa berdepan kesukaran untuk menyelamat dan memindahkan mangsa banjir disebabkan keadaan sistem talian telefon di bilik operasi balai rosak sehingga memaksa pegawai dan anggota menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk berkomunikasi ketika bertugas.
Artikel Berkaitan