SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan pecah amanah melibatkan RM2.38 juta tahun lalu.
Tertuduh D Silvester, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Madihah Harullah selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan geran tanah dengan keluasan 2.461 hektar Gadong Jaya Mukim Labu dengan menjual harta tersebut untuk menerima wang hasil jualan sebanyak RM2.38 juta bagi kegunaan sendiri tanpa pengetahuan pihak unit pembahagian harta pusaka kecil bagi urusan pindah milik dan penjualan dengan mempercayai bahawa ia bukanlah hak miliknya.
Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan itu pada 11 Oktober 2019 di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
Pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan sebutan kes pada 10 Februari depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafiza Harun manakala tertuduh diwakili peguam, M Siver