Covid-19: PDRM terus pertingkat pematuhan SOP

Iklan
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terus dipertingkatkan dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa statistik peningkatan kes yang membimbangkan telah direkodkan pada Khamis dengan 3,027 kes iaitu tertinggi setakat ini.

Iklan
Iklan

Katanya, walaupun peningkatan itu kebanyakan membabitkan kluster pembinaan dan tempat kerja, namun apa yang pasti virus itu sedikit sebanyak telah merebak dalam komuniti.

"Kita akan mengingatkan setiap kontinjen negeri untuk terus mempertingkat pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat.

Iklan

"Malah, baru-baru ini Ketua Polis Kelantan telah pun menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan tindakan kompaun kepada mereka yang berpesta air.

"Hal ini akan kita perluaskan ke semua kontinjen terlibat dan bukan itu sahaja, tapi sekiranya melibatkan perhimpunan ramai, keramaian yang mana isu penjarakan fizikal menjadi masalah utama ketika ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras di sini pada Jumaat.

Iklan

Dalam majlis itu, Acryl Sani turut melancarkan buku sejarah penubuhan Briged Tengah PGA dan Batalion 4, 5, 6, 19.

Hadir sama, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar dan Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim.

Mengulas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berkata, sekiranya ia berlaku ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

Pada Khamis, Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 3,027 jangkitan baharu Covid -19.

Menurut KKM, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 128,465 jangkitan dengan 25,221 kes aktif.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 melonjak kepada 3,027 kes, tertinggi setakat ini

Situasi Covid-19 kritikal, KKM cadang PKP bersasar