Harga RON 97, RON95 kekal, diesel meningkat

Iklan

PUTRAJAYA- Harga runcit bagi RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM2.14 serta RM1.84 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga bagi diesel pula naik satu sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM2.02 seliter.

Iklan
Iklan

"Harga tersebut bagi tempoh 9 hingga 15 Januari depan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Iklan
Iklan

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.