KUALA LUMPUR - Kegiatan sindiket pengedaran rokok seludup yang aktif di utara tanah air tumpas dalam serbuan polis di Bukit Mertajam dan Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada Khamis.
Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan Op Asap hasil maklumat awam itu yang dilakukan sepasukan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas JKDNKA berjaya menahan tiga lelaki tempatan.