Nik Muhammad Abduh dipanggil badan itu untuk memberi keterangan mengenai isu dana RM90 juta yang dikaitkan dengannya dan Pas.
Selepas hampir dua jam memberi keterangan, Nik Muhammad Abduh yang berjubah putih keluar dari bangunan SPRM tepat jam 12.30 tengah hari.
ARTIKEL BERKAITAN: Dana RM90 juta: Nik Abduh hadir SPRM beri keterangan
Ketika ditanya mengenai keterangan kepada SPRM, Nik Muhammad Abduh memberitahu, beliau juga ada menjelaskan mengenai dakwaan penyebaran audio yang melibatkan dirinya.
"Mengenai rakaman (SPRM) tanya, benda itu tiada kaitan apa-apa. Saya dipanggil sebab ada laporan mengenai isu RM90 juta.
"Bagi saya, orang yang buat laporan itu salah orang, sebab saya tiada maklumat pun tentang itu," katanya.
Pada masa sama, Nik Muhammad Abduh turut dimaklumkan ada lagi pemimpin seterusnya yang akan memberi keterangan di SPRM.