PKRC MAEPS tidak penuh, sesak

Iklan
Masih terdapat banyak katil kosong di pusat kuarantin dan PKRC di MAEPS.

SHAH ALAM - Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) tidak penuh dan sesak seperti yang disangkakan.

Menurut pesakit yang menjalani rawatan di PKRC terbabit, banyak katil yang ditempatkan masih lagi kosong.

Iklan
Iklan

"Kalau ikut tempat yang dikuarantin untuk warganegara, hanya separuh sahaja katil yang menempatkan pesakit-pesakit.

"Lagi separuh katil masih lagi kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, tular satu video menunjukkan keadaan terkini di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di MAEPS Serdang yang semakin membimbangkan.

Menerusi video tersebut, pusat kuarantin itu dilihat semakin dibanjiri dengan pesakit yang mempunyai gejala wabak berkenaan.

Iklan

Mengulas lanjut, pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Muhamad itu turut berpendapat kerajaan sepatutnya menempatkan pusat kuarantin yang tidak berhawa dingin dan terbuka.

Masih terdapat banyak katil kosong di pusat kuarantin dan PKRC di MAEPS.

"Kerajaan sepatutnya menempatkan pusat yang mempunyai aliran pengudaraan keluar masuk,” katanya.

Menurutnya, di PKRC itu juga tidak mempunyai penjarakkan sosial.

Seorang lagi pesakit yang enggan namanya dikenali berpendapat, dia berasa tidak selesa tetapi boleh menerima kerajaan menempatkannya di MAEPS.

"Rasa kurang selesa tapi boleh diterima sebab andaian saya hospital yang menempatkan pesakit Covid-19 penuh dan kerajaan juga sudah buat yang terbaik untuk kita.

"Di sini (PKRC) saya kena pakai pelitup muka sebabnya kami duduk dalam pendingin hawa,” katanya.

Pada 9 December lalu, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC.

MAEPS kali pertama diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April dan ditutup 15 Julai lalu.