Apakah muslihat RoS?

Iklan

AWANG rasa pelik Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda). Apa salahnya dibenarkan pendaftaran kedua-dua parti itu?

Kata orang makin banyak makin meriah. Biarlah parti politik mercup macam cendawan lepas hujan. Itu baru demokratik, rakyat nanti ada banyak pilihan dalam pilihan raya.

Iklan
Iklan

Masa UMNO dan BN memerintah, Bersatu dan parti lain komplen mereka susah nak didaftarkan.

Sekarang Bersatu memerintah. Parti lain pula komplen mereka tak diluluskan. Sedangkan mereka ikut semua peraturan dan syarat.

Iklan

Benarkan RoS bebas bertindak? Atau macam zaman BN dulu, kena ikut telunjuk pemimpin politik.

Awang rasa bagus sangat kalau Menteri Dalam Negeri yang juga orang kuat, orang kepercayaan dan mastermind Tan Sri Perdana Menteri jawab mengapa hal itu berlaku.

Iklan

Apa nak takutkan pada Pejuang dan Muda? Kalau Bersatu dah mantap tak perlu takut berapa banyak pun parti yang tumbuh.

‘Musuh’ sebenar Bersatu bukan Pejuang atau Muda tapi mereka yang tidur satu katil atau satu kelambu dengan Bersatu sekarang.

Nasihat Awang kepada orang yang jaga RoS, tak ada gunanya tambah kontroversi dengan tolak pendaftaran kedua-dua parti.

Kerajaan BN dulu benarkan juga pendaftaran parti macam Bersatu. Nanti rakyat kata kerajaan takut bayang-bayang sendiri. Atau takut pandang kesilapan lalu. Kalau dalam cerita filem disebut, takut pandang belakang.