Angka korban empangan Brazil runtuh kini 157 orang, 182 masih hilang

Iklan
Bomba mengangkat mayat mangsa empangan runtuh di Minas Gerais.

SAO PAULO - BRAZIL. Angka kematian dalam kejadian empangan runtuh di sebuah lombong di negeri Minas Gerais di tenggara Brazil kini meningkat kepada 157 orang, manakala 182 lagi belum ditemui, menurut pihak berkuasa semalam.

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan masuk minggu kedua sejak kejadian pada 25 Januari lalu di bandar Brumadinho.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa berkata mereka yang disenaraikan hilang dianggap sudah mati.

Operasi berdepan jalan sukar apabila pasukan penyelamat terpaksa melawan hujan yang membataskan usaha mereka menerbangkan helikopter di kawasan kejadian. - AFP

Iklan
Iklan