Isu gelandangan kota belum selesai: Annuar

Iklan
Annuar (tiga dari kiri) meluangkan masa mendengar masalah diluahkan gelandangan yang ditemui sewaktu tinjauan diadakan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluahkan kebimbangan dengan nasib gelandangan kota yang dilihat kembali bergelandangan sejak kebelakangan ini.

Beliau menerusi status di Facebooknya seolah- olah memberi bayangan untuk melaksanakan kembali program gelandangan yang pernah dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Iklan
Iklan

"Kerisauan saya adalah keselamatan mereka dalam situasi pandemik..Jika perlu saya akan lancar operasi bantu sekali lagi," menurut status di Facebooknya pada Jumaat.

Ahad lalu, beliau telah mengadakan tinjauan berhubung permasalahan itu di sekitar Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Lorong Hj Taib.

Iklan

Beliau memaklumkan yang tinjauan itu dilakukan untuk melihat dan mendengar permasalahan gelandangan dan juga penjaja.

"Mujur mereka tak kenal saya. Macam-macam kisah mereka. Saya tak pasti sama ada mereka berkata benar pada saya.

Iklan

"Apa pun, soal kemiskinan di bandar perlu diberikan perhatian yang lebih lagi," katanya dalam status berasingan di Facebooknya pada Ahad.

Terdahulu, gelandangan di ibu negara diselamatkan dan ditempatkan di pusat transit gelandangan termasuk empat penempatan sementara sepanjang PKP bagi membendung penularan Covid-19.

Golongan ini kemudian ditawarkan mengikuti program penempatan pekerjaan dan pemulihan diselia oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bersama pemain sektor industri.

Ia menjadi antara inisiatif bagi membolehkan golongan tersebut memulakan kehidupan baharu dan mengelak gelandangan yang diselamatkan ini kembali merempat selepas tamat PKP.