JOHOR BAHRU - Johor terus mencatatkan penurunan angka mangsa banjir yang kini berjumlah 1,207 orang daripada 305 keluarga setakat jam 8 pagi pada Sabtu.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 1,208 orang daripada 306 keluarga setakat jam 12 tengah malam Jumaat.
Iklan
Iklan
"Sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di lima daerah iaitu di Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.
Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, air pasang terus berlaku di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kukup, Pontian pada pagi dan petang Sabtu.
Jelasnya, air pasang berlaku di Tanjung Sedili pada jam 5.35 pagi dan 7.26 petang dengan ketinggian 208 dan 276 meter, Johor Bahru jam 7.04 pagi dan 8.49 malam (278 dan 263 meter) dan Kukup jam 7.17 pagi dan 8.21 malam (304 dan 241 meter).
Artikel Berkaitan