Kempen jalanan kesedaran kesihatan Covid-19

Iklan
Kelihatan sekumpulan petugas sukarelawan kesihatan memakai alatan perlindungan peribadi (PPE) serta pelitup dan pelindung muka, bertugas pada Kempen Jalanan Pendidikan Kesihatan dan Pembudayaan Norma Baharu di Pasar Tani Labuan hari ini.

Jabatan Kesihatan Labuan dengan kerjasama Pasukan Sukarelawan Communication for Behavioural Impact (COMBI) Labuan mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Jalanan Pembudayaan Norma Baharu Bersama Komuniti bagi meningkatkan kesedaran dan memperkasa rakyat melindungi diri, keluarga dan komuniti, dalam usaha membantu petugas barisan hadapan, memerangi jangkitan COVID-19.

Usaha ini juga bagi memperkasa usaha melawan COVID-19 di wilayah ini dan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri pencegahan dalam kalangan rakyat, memastikan segenap lapisan masyarakat faham akan tanggungjawab baharu yang perlu digalas iaitu berperanan sebagai petugas barisan hadapan dalam komuniti bagi mengekang penularan COVID-19.

Iklan
Iklan