Anggota ERT cedera ketika padam kebakaran

Iklan

JOHOR BAHRU – Seorang anggota pasukan respons kecemasan (ERT) tercedera ketika memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah stor menyimpan cat dan cecair pelarut sebuah kilang di Taman Gembira, di sini, pagi tadi.

Komander Operasinya, Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Faizol Selamat berkata, bagaimanapun, anggota ERT itu yang mengalami kecederaan di bahagian dahi telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk menerima rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 8.59 pagi.

"Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, BBP Johor Bahru dan BBP Skudai melibatkan 30 anggota dikerah ke tempat kejadian dan tiba kira-kira jam 9.07 pagi.

Iklan

"Pasukan bomba mengambil masa lebih sejam setengah untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan sekitar lima peratus dari keseluruhan bangunan kilang itu. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 10.30 pagi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, hanya seorang anggota ERT dari kilang ini tercedera di bahagian dahi dan telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Iklan

Mohd Faizol berkata, punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan lanjut.