LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos mendakwa menjadi sasaran peras ugut oleh majalah National Enquirer.
Beliau mendakwa pemilik syarikat penerbitan itu mengugut akan menyiarkan gambar tidak senonoh dirinya, melainkan beliau berhenti untuk menyiasat bagaimana tabloid berkenaan memperoleh mesej peribadi dan gambar yang dihantar kepada skandalnya, Lauren Sanchez.