BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki nyaris putus tangan kanannya selepas tersepit pada mesin pengisar dalam kejadian di sebuah kilang di Solok Perindustrian Bukit Minyak di sini, pagi Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.34 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian.