JAKARTA - Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warganegara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.