Cebisan tubuh manusia ditemui di luar pesisir Jakarta

Iklan
Pasukan penyiasat Indonesia pada Ahad menemui bahagian tubuh manusia di luar pesisir Jakarta yang dipercayai berkaitan tragedi nahas pesawat Sriwijaya Air. Foto Agensi.

JAKARTA- Pasukan penyiasat Indonesia pada Ahad menemui bahagian tubuh manusia di luar pesisir Jakarta yang dipercayai berkaitan tragedi nahas pesawat Sriwijaya Air, pada Sabtu.

"Setakat pagi ini, kami telah menerima dua beg, satu berisi barangan milik penumpang dan satu lagi mengandungi bahagian tubuh," kata jurucakap polis Jakarta.

Iklan
Iklan

Terdahulu, pesawat membawa 62 penumpang termasuk tiga bayi dan 12 kru dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan lalu lintas selepas ia mencapai ketinggian 3,350 meter sebelum ia menjunam dan kemudiannya ‘hilang’.

Data FlightRadar24 mendapati keadaan itu dikatakan berlaku dalam tempoh kurang 60 saat dan kira-kira empat minit sejurus pesawat itu berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di ibu negara. - Agensi

Iklan

Iklan